Susu Ibu Kurang - Cara Banyakkan Susu Ibu

Tips Banyakkan Susu Ibu Selepas Ibu Bersalin

Apa Punca Kenapa Susu Ibu Kurang ? 

Ada banyak sebab sebenarnya kenapa Susu Ibu Kurang, walaupon ibu menyusukan baby penuh. Berikut adalah antara penyebab mengapa Susu Ibu Berkurang yang biasanya ibu baru bersalin buat.

 

Susu Ibu Kurang - Cara Banyakkan Susu Ibu - Susu Formula Sebabkan Susu Ibu Berkurang

 

1) Ibu Dah Topup Susu Formula (FM)

Disebabkan oleh cara minum susu melalui botol dengan cara minum susu melalui breast sangat lah berbeza, makan kadang baby akan lebih suka pada botol yang aliran susu nya laju. Berbanding aliran susu melalui breast. Jadi baby akan lebih suka hisap pada botol berbanding breast.

2) Kurang Stimulation dari Mulut Baby

Mulut baby adalah the best pump ever! Mulut baby adalah “pam susu” yang paling efisien kosongkan breast. Maka sekiranya baby tadi dah pun ditopup dengan formula milk, baby dah kenyang, dan baby akan mula kurang stimulate breast maknya. Jadi, memang FM dapat mengenyangkan baby sementara mak nak perbanyakkan susu ibu. Malang sekali side effectnya adalah menjadikan ibu akan kurang stimulation, dan lama-kelamaan susu akan mengering.

3) Puting Tiruan (Pacifier)

Puting tiruan boleh sebabkan cara latching pada breast berubah. Lagi pulak bila ada puting tiruan, baby rasa comfort (suckling adalah salah satu cara baby comfortkan diri). Maka, kurang waktu untuk baby hisap breast maknya. Maka kuranglah stimulation, dan kuranglah susu ibu.

 <

Berikut adalah Tips Banyakkan Susu Ibu Selepas Bersalin

 

1) Demand Vs Supply

Sebolehnya kosongkan breast sebanyak 8 kali sehari dalam tempoh 24 jam. Ia seolah-olah stimulation kepada badan kita mengikut konsep Demand Vs Supply. Lagi banyak demand, maka akan lebih banyak supply susu.

2) Pump Selama 20 Minit Atau Lebih

Sekiranya ibu memang bekerja atau ibu merupakan ibu pumper (yang tak menyusu direct); disarankan untuk mengepam selama 20 minit atau lesih untuk setiap sesi pengepaman. Sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih di mana jarak antara setiap sesi adalah lebih kurang 2 jam. Jumlah masa mengepam sehari seharusnya sekurang-kurangnya 100 minits dalam tempoh 24 jam.

3) Susukan Bayi dengan Kerap

Susukan baby direct feeding sekerap-kerapnya. Tak kira siang atau malam. Ini untuk stimulate penghasilan susu ibu. Jadi, kalau rasa baby baru lahir tu asyik mengempeng je, jangan risau sebab ia normal. Kadar Prolaktin adalah lebih tinggi pada waktu malam. Jadi, malam tu mesti jugak susukan anak. Kalau anak tidur nyenyak, maka ibu kene bangun dan pam susu ibu. Ini  bagus untuk maintainkan susu ibu banyak sepanjang masa.

Ingat ya. Maintainkan sesi pengosongan breast (tak kira perah atau pon direct feeding) kepada 8 kali atau lebih sehari siang dan malam.

4) Susukan Baby Pada Dua-dua Breast

Bukan apa, memang ada ibu yang selesa suakan satu breast sahaja. Ini menyebabkan Breast yang jadi favourite tu lebih besar berbanding yang satu lagi. Sebab Breast tersebut akan lebih banyak menghasilkan susu.

5) Ibu Banyakkan Berehat dan Minum Air

Rajinkan diri minum segelas air sebelum dan sesudah menyusu. Jadikan ia habit. Ibu bersalin kene berehat banyak. Stress jugak akan mempengaruhi mood untuk dan mengganggu ibu untuk stimulate lebih banyak susu.

6) Supplement Secukupnya

Vitamin dan Nutrisi ibu perlu dijaga supaya immune sistem ibu dan tenaga ibu tak kehabisan. Ibu perlukan kesemua nutrisi penting dalam makanan harian.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge